My biodata as seen through AP Dr. Kalaivani's eyes. Thank you dear.
Yang Farina Abdul Aziz dilahirkan pada 9 November 1962 di Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan. Beliau dibesarkan di Kuala Krai, Kelantan sehingga tahun 1964 apabila bapa beliau seorang guru dipindahkan ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak. Dewan Suluh Budiman menjadi gelanggang untuk beliau bermain dan menyaksikan pementasan ulung Bukan Lalang Ditiup Angin yang meninggalkan kenangan manis yang mendalam dalam dirinya. Alam persekolahan beliau bermula di Methodist English School, Tanjong Malim sehingga Tingkatan 2 sebelum berpindah ke Senior Methodist Girls’ School, Kuala Lumpur. Pada tahun 1979, beliau ditawarkan biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajaran A-level di Koleg Aston, Wrexham, Wales, United Kingdom. Beliau memperoleh ijazah Bachelor of Science (Honours) dalam bidang Kimia daripada the University of Manchester pada tahun 1984 sebelum meneruskan pengajian peringkat PhD di University of Reading pada 1985. Beliau dianugerahkan ijazah PhD tiga tahun kemudian dan melaporkan diri sebagai pensyarah di UKM pada 23 Disember 1988. Yang Farina adalah Juruaudit Persekitaran ISO 14000 bertauliah dan memperoleh Diploma Penterjemahan pada 1992. Sekiranya Yang Farina ditafsir dalam konteks kimia atau cabang kimia (branch of chemistry), saya rasa beliau boleh dilihat sebagai gabungan tiga bidang kimia yang berbeza. Komponen Yang Farina yang ditafsirkan oleh bidan kimia inorganik dimana beliau adalah pakar bidang dengan geran kementerian da industri yang membolehkan beliau menghasilkan pelajar yang berwibawa dan lebih 100 makalah anatarabangsa dan tempatan. Kimia tak organik yang melihat pada struktur dan interaksi juga mencerminkan sifat Yang Farina yang teratur dari segi melaksanakan tanggungjawab dalam kerjaya, peribadi dan keluarga. Keupayaan beliau berinteraksi dipelbagai peringkat juga merupakan satu lagi ciri beliau yang boleh dilihat ketika beliau memegang jawatan Ketua dan seterusnya Pengarah Perhubungan Awam di UKM, sebagai Penyelaras ALIR, ahli Majlis Professor-Professor dan juga tetamu di rancangan AWANI. Sumbangan beliau dalam arena pendidikan ini dikatalisiskan (dimangkinkan) oleh kinetik ciri diri yang cukup bertenaga, vivacious dan bersemangat “Farina Boleh”. Seterusnya komponen Yang Farina yang dilihat dari konteks Kimia Hijau (Green Chemistry) dapat dilihat melalui aktiviti penyelidikannya yang menangani masalah pencemaran persekitaran oleh bahan buangan industri dan perumahan untuk menghasilkan persekitaran hijau yang lestari (greener sustainable environment). Sifat kimia hijau ini juga boleh dilihat dalam hubungan beliau diantara rakan dan saudara dimana selain daripada memberi nasihat dan tunjukajar yang bernas, beliau juga mensyorkan terapi retail sebagai kaedah yang paling mujarab dalam menangani segala tekanan dan masalah dunia (lol). Seperti juga jawatankuasa penyelidikan beliau yang cukup cekap dalam menangani isu-isu saintifik, beliau juga mempunyai jawatan kuasa pemerolehan yang terdiri dari ahli keluarga dan rakan-rakan yang giat invest dalam Miu Miu, Prada dan Louis Vutton. Rasional disebalik aktiviti pemerolehan ini adalah untuk memberi lonjakan kepada ekonomi negara Malaysia. Akhir sekali professor Vogue ini juga dapat dikelaskan sebagai Kimia Analitik (analytical chemistry) dimana selain daripada menunjukkan penglibatan yang menyeluruh dalam perkembangan bidang kepakaran beliau, aspek analitikal, pandangan dan pemikiran kritis Yang Farina telah menjadikan beliau terkenal di kalangan akademia, dan jaringan sosial yang lain. Yang Farina juga giat memainkan peranan dalam mengetegahkan isu masyarakat melalui penulisan di dalam akhbar, blog dan Facebook serta penampilan dalam temu ramah bersama media siaran. Melalui jaringan sosial ini Yang Farina dan rakan-rakan sedang berusaha mengintegrasi masyarakat melalui Voices of Peace, Conscience and Reasons. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis, Anggota Majlis Pemikir dan Pemandu Persatuan Orang Kota Bharu (POKB). Yang Farina juga adalah Presiden Protem, Methodist English School Alumni, Tanjong Malim (MESA). Di luar arena Pengajian Tinggi, ahli kimia “tiga dalam satu” ini merupakan seorang ibu yang penyayang, kawan yang setia yang mudah didampingi, kelakar dan sentiasa mempunyai outlook yang ceria dan optimis dalam hidup. Mengikut seorang rakan sekerja, tag-line yang paling tepat untuk Yang Farina adalah “Gaya, Mutu dan Keunggulan”. Walau bagaimanapun tag-line ini sudahpun diambil oleh Dunhill maka terpaksalah ditukar kepada Kimia, Keakraban dan Vogue.
4 comments:
Madam Curi,
Proud to be one of your student. Thank you for sharing this post. You're always my favorite lecturer. :)
Rozana
Impressive write-up Professor Yang!
Thanks Rozana. Proud of you too dear. Keep up the good work!
Thanks Z
Post a Comment