2012/01/21

Redha

Redha itu maksudnya ikhlas.
Ada ramai di antara kita yang sering menggunakan perkataan redha tetapi sebenarnya apa yang kita maksudkan ialah pasrah iaitu menyerah.
Ada baik juga menonton filem "Ombak Rindu" kerana ia satu filem yang mengajar kita erti kesabaran.
Kesabaran itu memang sukar buat kita semua tetapi saya teringat pesanan seorang rakan "Yang, you perlu husnuzon selalu". Saya pula bertanya "Husnuzon? Siapa dia?"
Dengan tenang rakan saya berceritakan "Husnuzon, itu maknanya kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT".
Barulah saya memahami makna perkataan itu dan saya pun cuba mendalami erti sebenar Husnuzon.
Dalam hidup saya yang tidak menentu dan sering dipukul ombak, saya sering mencari kedamaian hati. Selama bertahun, saya telah mencuba pelbagai cara tetapi semua tidak membawa kebahagiaan.
Setahun saya hidup menjanda dan setiap hari saya mencari kedamaian yang saya impikan. Semakin saya mencari, semakin saya terpesong dari landasan Mu.
Takdir menentukan jodoh kita. Satu pertemuan yang tidak dirancang membawa ku kepada Mu. Seorang insan yang nampak begitu rancak rupanya begitu mengetahui selok belok agama. Insan ini berupaya menegur kehidupan ku yang telah lepas. Rupanya selama ini saya berada dalam dunia yang palsu, dan kepalsuan itu tidak membawa kedamaian hati yang kucari.
Saya peroleh rahmat dari Mu tetapi tidak menghargai Mu kerana tidak mengikuti landasan Mu.
Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana menemukan ku dengan insan yang berhati mulia ini.
Saya bersyukur kerana sekarang saya benar-benar faham apa erti husnuzon.
Ada kala kesusahan yang kita fikirkan sebagai bala sebenarnya adalah rahmat kerana bila kita berada dalam kesusahan kita lebih mengingati Allah SWT. Kita lebih mengenali Allah SWT. Melalui hati yang hancur ini, kita memahami keinsafan dan keikhlasan. Allah SWT akan memberi kita ujian yang kita boleh lulus. Demi masa, semua akan berlalu. Tiada yang kekal kecuali Allah SWT. Allah amat sayang kepada orang yang sabar.
Ya Allah, Kau berkati insan mu yang kerdil ini. Kau lindungilah insan Mu yang kerdil ini daripada kemungkaran dan kejahilan.
Amin.......

0 comments: